Thursday, September 13, 2007

Gambar Sofieya - DULU & KINI

Adala permintaan dari kawan aku si yatispeed nak nengok gambar sofieya... dulu2 aku suka sgt amik gambar sofieya, almaklum anak sulung, skrang ni anak kedua aku si hasya tak banyak gambar sgt.... kalu ada pun dalam hp, esok2 ler aku upload utk ko ye yati. kat sini aku letak gambar sofieya dulu, gambar nak gi skool n the latest masa tournament bowling last weekend... ok tengok jgn tak tengok...

DULU


KINI



rasanya, dia dah susut skit, coz dah gi skool. Esok...gambar hasya pulak... Ok... Selamat Berbuka Puasa semua...............

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN - FIRST DAY

Selamat Menyambut Ramadhan to all my friend. Hari ni ada perubahan skit, semalam lemah je... dah makan ubat mlm tadi skrang rasanya dah sihat skit. Tapi pagi tadi aku tak terbangun dek penangan ubat yang aku makan malam tadi. Nasib baik aku bangun 5 pagi tadi, abe dah siapkan sumenya... masak nasi, panaskan lauk, n goreng telur untuk aku heheheh siap hidangkan pinggan atas meja lagi. Apa la aku ni.... tapi sebenarnya memang cenggitu, abe aku mula2 ramadhan jer dia bersemangat, tak taule esok2 camne. So, pagi tadi aku sahur sorang-sorang coz abe dah sahur kul 4 pagi tadi..........
So, hari ni aku akan berbuka kat umah mak heheheh dah booking dah..... sebabnya abe slalu balik malam, and aku rasa tak sempat nak sampai umah.... biasalah ramadhan ni banyak bazar yang dibuka, so jam 5 petang ke atas sure jam area jln BBB. kadang2 tu aku terpikir gak, dah sesak kat situ, ramai benor orang menuju ke sana gak.... pelik tul...... Tapi abe janji ada hari2 yang tertentu dia balik awal utk berbuka sama2.
Kurma/ Kismis / Madu
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Tuesday, September 11, 2007

MACAM NAK DEMAM ....................

hari ni rasa mcm tak larat jer... mcm nak demam.... ni mesti kes makan kambing malam tadi.... (kurang asam ko ana, ko kata akak makan brape ekor, 2 pinggan je la aku makan, sedap lak adik aku masak. Actually dia buat barbeku ngan kengkawan dia malam tadi, so sume kluarga join skali.. aduhhhh!!!!!!!!! terlebih makan lak aku ni..

ALAHAI KOLOKIUM!

4 & 5 September 2007, kolokium di Hotel Summit.... Ok jer... tapi yang paling best sbb ada komitmen dari semua pihak.... masa kalut of course time registration n amik sijil, participant ni poyo2 je, diorang ni tau nak rempuh je, tak reti2 beratur ikut barisan... pening aku dibuatnya. adala gambar utk korang tgk.. tapi pelik tahun ni sekretariat suka sangat bergambar, banyak tul gambar diorang...



nak citer gak satu pengalaman aku main bowling last weekend. JKM buat tournament, anjuran kelab kebajikan. Actually, den x pandai main, tapi friday tu dah training dgn maz, ina, ana, n lin. so, gian beb.... Ahad tu group aku x menang gara2 heheheh bola yang ku lontar asik ke longkang jer.. (jgn mare lin, next time akan ku berjuang habis-habisan lawan group En. Mokhtar n Dr. Azmi (eleh diorang main tipu, sebenarnya lane group aku senget sebelah, tu yang masalahnya, kalu tak juara kumpulan sememangnya group aku heheeheh).




Ni je gambar yang ada, gambar aku tengah main, takde lak diorang amik, poyos...


Citer lak pasal ramadhan esok, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada kengkawan. Aku plan posa ni nak wat tadarus, sbb rasanya masa ni la aku nak carik pahala bebanyak... mana la tau ntah2 ramadhan ni adalah ramadhan yang terakhir utk aku... So, sape2 nak join, tomorrow bwk quran ok....

Monday, September 10, 2007

aku baru belajar

hari ni first time dalam hidup aku..aku ada blog sendiri....yahoooo......
ingat korang jer ker ada blog sendiri....aku pun dah berjaya membuatnyer juga