Tuesday, November 6, 2007

GANGGUAN DARI ‘MR. MACHO’

Tadi ada story yang menarik dari Ana… ttg kisah cinta kakak dia. Best la mendengarnya… tapi tengah syok mengorek citer tu adalah gangguan dari insan yang menggelarkan dirinya sbg Mr. Macho…. masuk bilik aku… so terbantutla citer ana tu… So, ana bile nak sambung citer ni…… ??????????????......

UBAT MENGANTUK…..

Aku nie kalu dah sampai umah sure ngantuk gilers! Nak tido, anak aku si sofieya x bagi…. (sbb dia penakut, kalu boleh temankan dia sampai suami aku balik keja). Biasanya abe sampai umah jam 11 @11.30 malam.

So, untuk mengelakkan aku ngantuk, aku pun menaipler ni… apa benda la citer yang aku nak share ngan korang nie…. Lately ni aku rasa pinggang aku mcm nak patah… sakit gila, nak bangun pun susah, so hari ahad lepas aku gi la berurut kat kampung sebelah suami aku…. Ada sorang tukang urut from philipine..aku biasa berurut dengan dia… tapi yang tak bestnya kosnya dah naik ler…. Tapi aku faham… sekarang barang kan dah naik harga, so terpaksa la sume tukang2 urut di seluruh Malaysia ni menaikkan kadar bayaran…. Heheh tapi best siot lepas urut nie… badan terasa ringan jer.. nak berlari pun bole……… Biasanya lepas aku berurut, aku akan menanamkan azam yang aku akan berpantang tak nak minum minuman berais, tak nak minum coke n air2 yang seangkatan dengannya… ye la dah kena brainwash dengan tukang urut tu kan… tapi biasanya sekejap je la hahahhahaha…

Ada gambar utk korang tengok…. Ni before balik kg. family in law. Gambar sofieya peluk hasya (mcm peluk anak patung) yang berlatarbelakang kan suami aku tengah tido (dia cakap dia nak baring kejap coz penat baru balik keja, tapi at last dia tertido)..

Monday, November 5, 2007

JAMUAN RAYA KAT OFIS

Last week, hari rabu (31 Oktober), jamuan raya kat ofis aku....... tak meriah sangat la.... sbb tak ramai staf yang ada... tapi mcm reunion la pulak.. coz ex staf JKM mcm k.yam n k.nora pun ada... bak kata maz reunion anak beranak hahahahah.

Ni la satu-satunya gambar masa jamuan raya itupun ihsan dari si mak buyung (k.not) yang tak meletops2 lagi tuh.... dia tengah menghitung hari... dah get ready ke mak buyung oiii.....????

Makanan pun takdela grand sangat.... tak banyak choice tapi apa nak buat poket kan kering.. sao bantai je la apa yang ada...

ok... cau



KONFERENS KAT UMAH AKU…………………………..

Pada 26 Oktober 2007 (Jumaat) UKM anjurkan Jamuan Hari Raya kat DECTAR UKM Bangi. Ramaila officemate nak gi, so aku pun jemputla diorang skali datang beraya kat umah aku….. (ada ke patut diorang kata umah aku mcm kat ladang new zealand) sbbnya belakang umah aku tu jadi padang ragut bagi sekumpulan lembu n kerbau – ntah sapa punya pun aku tak tau).

That day adalah sume kengkawan: k.yam, k.nora, maz, aini n da gang, gang medipro pun datang gak…. Si minah berry tu lambat sampai…coz dia menyinggah ke mana ntah… ni gambar2 diorang..

Tapi yang best nya kat umah aku tu berlangsungla sesi konferens yang membincangkan isu2 utama dan hot….. K.Yam n K.Nora jadi VIP rasmikan opening, si berry jadi keynote speaker, maz n lain2 jadi audiens mendengar ‘ceramah’ yang disampaikan.. korang tengokla gambar si berry tu memula duduk kat bawah…pastu makin panas coz banyak sgt sesi soal jawab nya terpaksa le si berry ni beralih ke kerusi,…biar sume orang nampak dia berceramah hahahhaha















Yang diorang ni tekun mendengar…… setakat mengangguk-angukkan kepala (hmm paham ke si lin tuh….)














Yang ni otai rileks.....maintain cool - k.yam













Yang ni pulak tukang menokok tambah sambil memberikan advice hahahhaha (boleh percaya ke advice korang tu)…













Yang ni pulak group yang tak paham ttg isu yang dibincangkan, so diorang ni dengar je la sambil melayan anak dara aku tuh, si sofieya…..

Sunday, November 4, 2007

SELAMAT HARI RAYA…..

Masih belum terlambat lagi aku ucapkan kepada korang sume…… dah lama sangat aku tak update blog aku nie… Tak sempat la…. Balik dari cuti raya, aku mcm takde mood nak update blog aku tuh…tapi bila tengok ramai geng sibuk attachkan gambor raya diorang, so aku tak nak la ketinggalan….heheh.. Raya ni sederhana meriahnya..almaklumla.takde bonus (hehehhe bukan aku je sorang merungut)… tapi apapun aku bersyukur kerana tahun ni aku sambut raya dengan kesederhanaan…Islam kan menggalakkan umatnya mengamalkan kesederhanaan… Raya tahun ni giliran aku beraya kat umah famili aku…Best la kan sbb dapat beraya dengan famili… ala dekat jer….. 8 minit dah sampai je dah sampai ke kg. sg. Merab tuh….. so takde la masalah jalan jammed etc… tapi tak best gak sebenarnya sbb aku tak dapat merasai perjalanan balik kampong yang jauh…

Dah maleh nak menaip dah… Korang tengok jer la gambar raya famili aku…. Gambar anak2 kesayangan : sofieya n hasya..



















































ni lak gambar curik2 si hasya tengah leka tengok tv hahahah lawak tul muka dia











sofieya n hasya ngan cousin