Thursday, December 6, 2007

PERTEMUAN & perpisahan..................

Semalam dapat berita sorang lagi member dapat offer keja lain n bakal meninggalkan ofis nie...... arghhhh.... lepas satu...... satu.... diorang pergi.... memula tu si izan, pastu sue, dgr2 lak k.anes akan turut serta meninggalkan departmnt ni n smlm dpt tau si elin lak akan berhijrah ke tempat lain....... itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahannnya......

Tapikan aku baru nak bermesra-mesra dgn diorang ni..... tapi terpaksa berpisah. Anyway, aku ucapkan tahniah pada diorang sbb dpt offer keja yang lebih baguih tu.... lagipun satu bangunan lagi.... so leh je jumpa... heheehhh.. Ok sue n lin, nnt akak wat bowling tournament korang wajib join ok!

aku ni bila dengar berduyun2 nak meninggalkan ofis ni mulalah... rasa nak ikut jejak langkah diorang.... sebabnya aku tak pasti future aku kat sini...ntahlah.....Kalu ikutkan rasa nak jadi housewife jer.... tapi karang sapa lak nak tolong byrkan hutang2 aku tuh (hehheehh sume orang ada hutang).

bila sebut padal pertemuan dan perpisahan nie, aku teringat ada satu lagu nasyid ni, tapi dah lupa kumpulan apa ekk... tapi masa study degree dulu aku slalu join nasyid nyanyikan lagu utk naqibah-naqibah usrah yang nak graduate..... (dulu aku ni alim skit hehehehh join usrah dll)..... tapi tak bermakna skrang aku x alim, cuma nak wat usrah bila dah masuk setting kerja ni susah skit la... kena kuatkan diri dulu...

arhgggghhhhh stressnya...... mana aku nak bwk diri ni ye nak lepaskan tension.... ingat lunch time ni nak main bowling ler... BOSANNYYYERRRR!

Sunday, December 2, 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA – A FAMOSA SAFARI MELAKA

Hari khamis lepas aku n suami amik cuti bcoz plan nak bwk hasya gi sunat (dah terlambat heheee..nak wat camne kan aku ni sejak dua menjak ni pelupa)…. At the same time nak bwk sofieya gi bertindik…so we all gi klinik yg sama sbb klinik tu boleh buat kedua-duanya…sebenarnya aku dah lama survey kat mana klink yg wat tindik ni…. Alhamdulilah dek kerana ringan mulut aku bertanya… berjaya juga aku cari.. (tu la kita kena rajin bertanya….. kalu tak sesat jalan heheehh).


Alkisahnya, pegilah kitorang ke klinik nie… setelah 1 ½ jam menunggu, tibalah giliran kitorang…. Tapi time nak masuk le si sofieya kata ‘tak nak tindiklah mama’… aiseyman .. aku kata ‘nape?’… aku dah risau lak ni saat2 nak masuk bilik doctor, dia kata tak nak lak….puasla aku n suami pujuk barulah dia ok….

We all plan, nak tindik sofieya dulu pastu baru sunatkan hasya, tapi doctor dah get ready dah masa tu. Nak tak nak terpaksa la baringkan hasya dulu…. Apa lagi melalak la dia, siap tendang2 kitorang lagi bila dia tengok doctor tu dah start pakai glove…. Ayoyo…. Mcm mana nak buek ni? Aku, suami n nurse la tolong pegang…. Puasla nak pujuk, hasya tetap menangis, tendang….. Tapi kan masa tu aku rasa sedih sangat, rasanya nak ganti tempat dia, siannya anak mama. Time tula aku menyesal tak bawak dia masa kecik dulu. Ramai kawan2 aku ckp kenapa dah besar baru nak bawak? Tapi dulu aku rasa aku pun bawak sofieya dah lewat gak, masa tu umor dia pun dalam setahun lebih….… tapi dia ok jer cool.. so aku ingat hasya pun camtu gak… betullah orang cakap lain anak lain perangainya….

Lepas dah sudah tu, aku pun bawak le hasya keluar, dan suami aku take turn uruskan sofiya nak bertindik…. Ye la mana tau kot2 dia melalak gak mcm adik dia….. tapi alhamdulillah sofieya ok, mana taknya dia pilih subang pink colour kesukaan dia. Sehingga la ni, dia suka tengok kat cermin, pegang2 subang tu…..

Pastu nak pujuk hasya ni, kitorang pun terusla menuju ke Melaka, ingatkan nak gi Zoo Melaka, tapi suami aku suggest gi A Famosa Safari sbb walaupun binatang tak banyak mcm kat zoo tapi show dia best.. so, aku pun ikut je la….. Sampai sana dah kul 2.00 petang…n suami aku pun belilah tiketnya…. Terkejut gak tiket dewasa RM 35 n kanak2 RM 25… memula aku terkilan gak sbb tike dia mahal kan… tapi suami aku kata xpela lagipun dah sampai n suami aku memang dah agak pun rate dia cenggitu….

Yang bestnya show2 dia mcm orang utan show, cowboy show dan bird show.. memang betul2 menghiburkan…. Aku tengok sofieya pun suka…. Tapi hasya ni kalu time show dia merengek sbb speaker kuat sangat la plak…. Terpaksala suami aku bawak dia gi tempat lain.. Tapi memang enjoy abisla show diorang….. Aku rasa berbaloi dengan tiketnya yang mahal tu… Tapi yang tak bestnya, sekejap sangatla pulak, banyak tempat tak gi…. Suami aku plan nak gi lagi n we all nak sewa banglo so banyakla masa nak gi round2 kat situ……insya-allah ada rezeki kita gi lagi ye sofieya, hasya. Tengoklah gambar2 nie…. Tak dapat snap banyak coz bateri abis….









Babah, sofieya n hasya
















Yang ni tengah show..... orang utan....












Hasya suka tengok poney n rabbit....