Wednesday, December 26, 2007

DEMAM LAGI.................

hi geng..... lama tak mencoretkan story kat sini.... awal disember sibuk, student dah start kuliah...bnyk nak settle hal2 diorang ni, registration la, jadual kuliah la dll... saat jari-jemari ku yang comel ini menekan keyboard, aku still demam since cuti krismas.... bukan aku aje demam, my hubby jugak demam.... so cuti aritu dok umah jer laaa... cuaca pun asik hujan jer... laki bini tido je, nasib baik anak2 faham, diorang buat hal sendiri jer la...

Yang aku ni baru je baik demam 12 disember aritu, dah start demam balik... makan ubat balance aritu punya pun x jalan, so smlm mintak ubat kat klinik sini, rasanya ok skit kot.... hari ni dah rasa lega skit walaupun batuk pun still ada... tak macam kelmarin...kepala aku berdenyut2 rasa mcm nak pecah, pinggang bagai dipatah2, batuk lagi...hmmmmm.... apa nak buek..... kat umah tu abe aku tengah tido lagi..... ntah keja ke tidak arini, tapi aku dah tinggalkan skit ubat aku utk dia makan..... Sian mama n babah demam............

okler kengkawan...lain kali kita sambung citer...nak breakfast dulu, pastu nak makan ubat..bubyeeeeeeeee..

Thursday, December 6, 2007

PERTEMUAN & perpisahan..................

Semalam dapat berita sorang lagi member dapat offer keja lain n bakal meninggalkan ofis nie...... arghhhh.... lepas satu...... satu.... diorang pergi.... memula tu si izan, pastu sue, dgr2 lak k.anes akan turut serta meninggalkan departmnt ni n smlm dpt tau si elin lak akan berhijrah ke tempat lain....... itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahannnya......

Tapikan aku baru nak bermesra-mesra dgn diorang ni..... tapi terpaksa berpisah. Anyway, aku ucapkan tahniah pada diorang sbb dpt offer keja yang lebih baguih tu.... lagipun satu bangunan lagi.... so leh je jumpa... heheehhh.. Ok sue n lin, nnt akak wat bowling tournament korang wajib join ok!

aku ni bila dengar berduyun2 nak meninggalkan ofis ni mulalah... rasa nak ikut jejak langkah diorang.... sebabnya aku tak pasti future aku kat sini...ntahlah.....Kalu ikutkan rasa nak jadi housewife jer.... tapi karang sapa lak nak tolong byrkan hutang2 aku tuh (hehheehh sume orang ada hutang).

bila sebut padal pertemuan dan perpisahan nie, aku teringat ada satu lagu nasyid ni, tapi dah lupa kumpulan apa ekk... tapi masa study degree dulu aku slalu join nasyid nyanyikan lagu utk naqibah-naqibah usrah yang nak graduate..... (dulu aku ni alim skit hehehehh join usrah dll)..... tapi tak bermakna skrang aku x alim, cuma nak wat usrah bila dah masuk setting kerja ni susah skit la... kena kuatkan diri dulu...

arhgggghhhhh stressnya...... mana aku nak bwk diri ni ye nak lepaskan tension.... ingat lunch time ni nak main bowling ler... BOSANNYYYERRRR!

Sunday, December 2, 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA – A FAMOSA SAFARI MELAKA

Hari khamis lepas aku n suami amik cuti bcoz plan nak bwk hasya gi sunat (dah terlambat heheee..nak wat camne kan aku ni sejak dua menjak ni pelupa)…. At the same time nak bwk sofieya gi bertindik…so we all gi klinik yg sama sbb klinik tu boleh buat kedua-duanya…sebenarnya aku dah lama survey kat mana klink yg wat tindik ni…. Alhamdulilah dek kerana ringan mulut aku bertanya… berjaya juga aku cari.. (tu la kita kena rajin bertanya….. kalu tak sesat jalan heheehh).


Alkisahnya, pegilah kitorang ke klinik nie… setelah 1 ½ jam menunggu, tibalah giliran kitorang…. Tapi time nak masuk le si sofieya kata ‘tak nak tindiklah mama’… aiseyman .. aku kata ‘nape?’… aku dah risau lak ni saat2 nak masuk bilik doctor, dia kata tak nak lak….puasla aku n suami pujuk barulah dia ok….

We all plan, nak tindik sofieya dulu pastu baru sunatkan hasya, tapi doctor dah get ready dah masa tu. Nak tak nak terpaksa la baringkan hasya dulu…. Apa lagi melalak la dia, siap tendang2 kitorang lagi bila dia tengok doctor tu dah start pakai glove…. Ayoyo…. Mcm mana nak buek ni? Aku, suami n nurse la tolong pegang…. Puasla nak pujuk, hasya tetap menangis, tendang….. Tapi kan masa tu aku rasa sedih sangat, rasanya nak ganti tempat dia, siannya anak mama. Time tula aku menyesal tak bawak dia masa kecik dulu. Ramai kawan2 aku ckp kenapa dah besar baru nak bawak? Tapi dulu aku rasa aku pun bawak sofieya dah lewat gak, masa tu umor dia pun dalam setahun lebih….… tapi dia ok jer cool.. so aku ingat hasya pun camtu gak… betullah orang cakap lain anak lain perangainya….

Lepas dah sudah tu, aku pun bawak le hasya keluar, dan suami aku take turn uruskan sofiya nak bertindik…. Ye la mana tau kot2 dia melalak gak mcm adik dia….. tapi alhamdulillah sofieya ok, mana taknya dia pilih subang pink colour kesukaan dia. Sehingga la ni, dia suka tengok kat cermin, pegang2 subang tu…..

Pastu nak pujuk hasya ni, kitorang pun terusla menuju ke Melaka, ingatkan nak gi Zoo Melaka, tapi suami aku suggest gi A Famosa Safari sbb walaupun binatang tak banyak mcm kat zoo tapi show dia best.. so, aku pun ikut je la….. Sampai sana dah kul 2.00 petang…n suami aku pun belilah tiketnya…. Terkejut gak tiket dewasa RM 35 n kanak2 RM 25… memula aku terkilan gak sbb tike dia mahal kan… tapi suami aku kata xpela lagipun dah sampai n suami aku memang dah agak pun rate dia cenggitu….

Yang bestnya show2 dia mcm orang utan show, cowboy show dan bird show.. memang betul2 menghiburkan…. Aku tengok sofieya pun suka…. Tapi hasya ni kalu time show dia merengek sbb speaker kuat sangat la plak…. Terpaksala suami aku bawak dia gi tempat lain.. Tapi memang enjoy abisla show diorang….. Aku rasa berbaloi dengan tiketnya yang mahal tu… Tapi yang tak bestnya, sekejap sangatla pulak, banyak tempat tak gi…. Suami aku plan nak gi lagi n we all nak sewa banglo so banyakla masa nak gi round2 kat situ……insya-allah ada rezeki kita gi lagi ye sofieya, hasya. Tengoklah gambar2 nie…. Tak dapat snap banyak coz bateri abis….









Babah, sofieya n hasya
















Yang ni tengah show..... orang utan....












Hasya suka tengok poney n rabbit....

Sunday, November 18, 2007

JOM GI HOLIDAY……

Hai kengkawan………cuti sekolah ni u all plan gi mana??? aku pun tak tauler nak ke mana…. Tapi 30 november ni cik abang aku suruh aku amik cuti.. tak tauler nak ke mana sebenarnya… memula we all plan nak gi PD… dok kat Apartment Sri Intan Telekom..hopefully adala tempat kosong… dah lama sangat tak bwk anak gi PD (actually itu tempat percutian yang paling dekat)…. Dulu masa sofieya kecik2 dulu selalu ke sana..skrang ni cik abang bz, tapi at last dia realize kot dah lama sangat x bawak gi jejalan…. Tapi kalu gi melaka ok gak kot….. sbb aritu tengok gambar2 yatispeed best pulak….

Yahuuuuuuuuu.. gi bercuti.…


LUAHAN HATI ………………:(

Aku nak sharele dengan korang sume… korang penah tak berdepan dengan manusia yang busuk hati? Aku ni selalu sangat kena dengan manusia jenis ni.. tak tauler nape diorang ni teramat tinggi tahap perasaan hasad dengkinya… X paham tul aku.. Prinsip aku…. Bersyukurla pada apa yang ada…. Tak semestinya dalam kehidupan kita yang sementara ni (kehidupan dunia) kita akan dapat semua yang perfect……. . n then ada sesetengah orang yang jadi batu apinya…. Ishh tak paham aku…. ala apa yang diorang dapat hasil menganiaya orang takkan berkat… INGAT-INGAT LA YE.. Aku doakan kebahagiaan la pada orang-orang yang hasad dengki tu………..

Sebab musababnya aku sendiri tak pasti, lgpun aku ni dah dididik supaya berbuat baik pada semua orang x kirala semua peringkat umur, pangkat, darjat dan kedudukan. Nak-naknya aku ni amik course social work la, psikologi kaunseling la. At last ini balasan yang aku perolehi… Takpe… takpe ada hikmah di sebaliknya

Ehh… aku dapat sms from k.not nie…. Dia dah bersalin… baby boy… bestnya…. Aku tumpang gembira…… take care k.not.. pantang bebaik ok……..

A GIFT FROM MY HUBBY - hTc TyTN II -

Hari selasa lepas, abe aku buat surprise utk aku.. tapi before this dia ada bagi hint skit la….. so aku leh agak sbb before ni bila dia tanya apa yang aku nak for my belated besday…. Aku ckp la aku nak PDA.. tapi sebenarnya aku tak berharap sangatla kan….. benda tu kan mahal….. Aku expect aku akan dapat next year sbb abe janji belikan bila dia dapat bonus…..

Tapi selasa malam tu dia balik awal dari biasa… kul 9.30mlm dah sampai n pastu dia serahkan satu box pada aku…. Tersenyum2 dia…. Bila aku bukak… yahuuuu….. PDA…. Tapi x romantik langsungla abe aku tu….. dia tak balut pun box tu…hahhaha. Tapi x kisahla……. Janji dapat walaupun sebenarnya aku berharap brand DOPOD…..

Ini lah dia….. PDA aku hTc TyTN II (latest punya tau..)…







Memula tu terhegeh2 skit aku nak biasakan diri dengan menatang alah ni….. rasanya best lagi NOKIA N70 aku tu… tapi bila aku dah baca manual dia…wau…. Banyak tul function dia…..




Tuesday, November 6, 2007

GANGGUAN DARI ‘MR. MACHO’

Tadi ada story yang menarik dari Ana… ttg kisah cinta kakak dia. Best la mendengarnya… tapi tengah syok mengorek citer tu adalah gangguan dari insan yang menggelarkan dirinya sbg Mr. Macho…. masuk bilik aku… so terbantutla citer ana tu… So, ana bile nak sambung citer ni…… ??????????????......

UBAT MENGANTUK…..

Aku nie kalu dah sampai umah sure ngantuk gilers! Nak tido, anak aku si sofieya x bagi…. (sbb dia penakut, kalu boleh temankan dia sampai suami aku balik keja). Biasanya abe sampai umah jam 11 @11.30 malam.

So, untuk mengelakkan aku ngantuk, aku pun menaipler ni… apa benda la citer yang aku nak share ngan korang nie…. Lately ni aku rasa pinggang aku mcm nak patah… sakit gila, nak bangun pun susah, so hari ahad lepas aku gi la berurut kat kampung sebelah suami aku…. Ada sorang tukang urut from philipine..aku biasa berurut dengan dia… tapi yang tak bestnya kosnya dah naik ler…. Tapi aku faham… sekarang barang kan dah naik harga, so terpaksa la sume tukang2 urut di seluruh Malaysia ni menaikkan kadar bayaran…. Heheh tapi best siot lepas urut nie… badan terasa ringan jer.. nak berlari pun bole……… Biasanya lepas aku berurut, aku akan menanamkan azam yang aku akan berpantang tak nak minum minuman berais, tak nak minum coke n air2 yang seangkatan dengannya… ye la dah kena brainwash dengan tukang urut tu kan… tapi biasanya sekejap je la hahahhahaha…

Ada gambar utk korang tengok…. Ni before balik kg. family in law. Gambar sofieya peluk hasya (mcm peluk anak patung) yang berlatarbelakang kan suami aku tengah tido (dia cakap dia nak baring kejap coz penat baru balik keja, tapi at last dia tertido)..